EPL
EPL: Gol Trent Alexander-Arnold pastikan Liverpool bangkit ikat Manchester City
MANCHESTER CITY 1 LIVERPOOL 1
Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Manchester City 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad sebentar tadi.
Erling Haaland terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan apabila memanfaatkan lorongan Nathan Ake sebelum menewaskan Alisson pada minit ke-27.
Iklan
City kelihatan akan memenangi pertemuan kali ini tetapi Trent Alexander memastikan pelawat sekurang-kurangnya pulang dengan satu mata dengan menyamakan kedudukan menerusi penyudah pada minit ke-80 selepas menerima umpanan Mohamed Salah.
Dengan keputusan itu, Liverpool melonjak ke tangga kedua liga dengan 28 mata dan hanya ketinggalan satu mata di belakang City.
City, dalam pada itu, berpotensi kehilangan kedudukan teratas seandainya Arsenal dapat menewaskan Brentford awal pagi esok.
Must-Watch Video