LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Kali ini Selangor lebih kuat daripada Sri Pahang -- Katsuhito Kinoshi
Pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi, berpuas hati dengan permainan yang ditampilkan anak buahnya selepas menewaskan Sri Pahang 2-0 dalam saingan Liga Super 2024/25, hasil jaringan Ali Olwan dan Ronnie Fernandez di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, sebentar tadi.
Pengendali berusia 60 tahun itu turut menjelaskan pasukannya kali ini lebih bersedia dan ampuh di atas padang berbanding pasukan lawan walaupun ditewaskan Tok Gajah dalam pertemuan terakhir mereka sebelum ini dalam kempen Piala Malaysia 2024/25.
"Saya berpuas hati meraih tiga mata. Tetapi kami perlu lebih bijak terutamanya dalam separuh masa kedua. Ini adalah ruang untuk menambah baik sebelum aksi seterusnya.
Iklan
— Selangor FC (@selangorfc) February 8, 2025
"Fokus adalah untuk final nanti, itu adalah sasaran kami. Kami perlu yakin tetapi terlalu yakin juga bahaya. Kami perlu sentiasa ada progres untuk mencapai sasaran kami.
"Aksi sebelum ini kami tewas kepada Sri Pahang kerana mereka lebih kuat tetapi kali ini kami lebih kuat daripada mereka. Kami perlu terus gembirakan penyokong kami." katanya.
Selangor kini menduduki tangga kedua liga dengan 42 mata selepas 19 perlawanan, manakala Seri Pahang di kedudukan ke-11 dengan 16 mata.
Must-Watch Video