PIALA MALAYSIA

Piala Malaysia: Terengganu bukti lebih layak ke separuh akhir berbanding Selangor

Stadium Astro
Muzaffar Musa
24/09/2023
15:39 MYT
Sponsor Banner
Piala Malaysia: Terengganu bukti lebih layak ke separuh akhir berbanding Selangor
SELANGOR FC 1 TERENGGANU FC 1 (Terengganu ke separuh akhir dengan agregat 3-1)
Terengganu FC membuktikan mereka lebih layak ke separuh akhir Piala Malaysia menerusi kelebihan agregat 3-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Petaling Jaya hari ini.
Dengan kelebihan 2-0 yang dibawa daripada Kuala Terengganu, keputusan 1-1 dalam aksi timbal balik di Petaling Jaya kali ini sudah cukup untuk menjamin kelayakan skuad Peteh berkenaan.
Dan segala usaha Selangor untuk melakarkan kebangkitan disukarkan apabila Ivan Mamut menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-24 untuk memberikan TFC lebih keselesaan.
Terdahulu, Selangor hampir mengurangkan defisit agregat apabila Faisal Halim melepaskan rembatan voli gemilang tetapi ia sekadar menggegarkan tepi jaring luar Terengganu.
Kegagalan itu kemudian dihukum apabila Safuwan Baharudin didapati menjatuhkan Nor Hakim Hassan dan Ivan Mamut menggunakan kesempatan itu untuk menjaringkan gol pembukaan di Petaling Jaya.
Selangor melakukan segala-galanya untuk menyamakan kedudukan dan Safuwan menebus kesilapannya dalam babak kedua dengan menanduk masuk sepakan penjuru Faisal Halim pada minit ke-69.
Usaha Selangor berterusan, termasuk jaringan Ayron Del Valle yang dibatalkan kerana ofsaid, tetapi dua jaringan yang dicari-cari itu tidak kunjung tiba sehingga ke wisel penamat, sekali gus terpaksa akur merelakan Terengganu ke separuh akhir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video