STL
Emas Anuar STL: KPT-MASUM Knights, Bomba Fighters susun kebangkitan
KPT-MASUM Knights kembali menyusun rentak memburu kedudukan empat terbaik dalam pusingan kedua kempen Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), dengan mengalahkan ATM Guardians 2-1, sebentar tadi.
KPT-MASUM yang tewas 0-2 di tangan Penang Black Panthers dan ATM Guardians dalam pertemuan terakhir menyaksikan Zuhri Zain memainkan peranan sebagai tekong sambil ditemani kapten yang juga apit kiri, Aiman Hakim Zakaria dan Amir Syahiran Fuzi.
ATM Guardians yang turut menampilkan trio terbaik mereka yang diketuai Hairul Hazizi Haidzir, Norfaizul Razak dan Afifuddin Razali menyaksikan kedua dua-regu saling mengekori rapat pungutan mata dalam set pertama hinggalah di penghujung set, KPT-MASUM berupaya memperoleh kelebihan 21-18.
Iklan
Tetapi momentum itu gagal diteruskan untuk memastikan kemenangan straight set, sebaliknya ATM Guardians tanpa sebarang belas kasihan mengheret pertemuan itu ke set penentuan dengan kemenangan 21-11.
KPT-MASUM -- yang menguasai tangga kelima di belakang ATM -- nyata lebih unggul dalam detik itu dengan kemenangan 21-16 bagi menghidupkan peluang mendaki cara STL.
Sementara itu, Bomba Fighters turut melakar kemenangan kedua dalam aksi di Stadium Titingwangsa minggu ini selepas berhempas pulas bangkit mengatasi Melaka Titans.
Kuala Lumpur Thunder pula terus mencengkam puncak STL dengan membenam Negeri Sembilan Antlers 21-15 dan 21-15.
Must-Watch Video