BADMINTON

Kejohanan Badminton Asia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tempah tiket ke suku akhir

Stadium Astro
Najmi Iman
11/04/2024
13:38 MYT
Sponsor Banner
Kejohanan Badminton Asia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tempah tiket ke suku akhir
Pasangan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke suku akhir susulan kemenangan ke atas pasangan beregu dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, dalam saingan Kejohanan Badminton Asia, petang tadi.
Ia merupakan pertembungan kali kedua, dan pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu berjaya menoktahkan kemenangan kedua berturut-turut selepas bergelut bermain selama satu jam sebelum menempah tiket ke suku akhir. Keputusan akhir permainan menyaksikan kedua-dua pasangan terpaksa bermain dalam tiga set dengan mata 18-21, 21-14, 14-21.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video