BADMINTON

Program RTG: Hannah mohon Zii Jia beri kerjasama

Stadium Astro
Ammar Hakim
31/10/2023
11:22 MYT
Sponsor Banner
Program RTG: Hannah mohon Zii Jia beri kerjasama
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, merayu, agar pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, memberikan kerjasama dengan menandatangani persetujuan untuk berada dalam Program Road to Gold (RTG).
Difahamkan, setiap atlet yang terpilih berada dalam RTG, atlet tersebut harus menandatangani persetujuan yang merangkumi terma dan syarat tersendiri -- biarpun sudah menerima kelebihan berada dalam RTG untuk beberapa bulan -- hakikatnya Zii Jia belum menandatangi surat tersebut sejak dari awal pengumuman.
Situasi itu mendapat perhatian Hannah Yeoh yang mahu perkara tersebut diselesaikan secepat mungkin dan berharap Zii Jia meletakkan keutamaan terhadap program RTG.
“Mengikut ranking, Zii Jia ada peningkatan... cuma status terkininya dalam RTG belum dipastikan kerana dia belum menandatangani kontrak persetujuan komitmen.
“Prestasinya dari Jun hingga sekarang naik tiga tangga ranking dunia dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan," kata Hannah menerusi Nadi Arena.
Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, Zii Jia satu-satunya atlet yang belum menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu dalam program berkenaan.
“Semua atlet lain sudah menandatanganinya, tapi kita faham kerana dia sibuk mengikuti pertandingan di luar negara dan baru balik ke tanahair.
“Belum ada kesempatan berjumpanya secara peribadi. Saya akan cuba sedaya upaya kerana persetujuan komitmen ini penting.
“Jawatankuasa (RTG) memberi masa sehingga 14 November untuk dia menandatangani persetujuan komitment ini,” jelas Stuart.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video