PERMOTORAN
FIM MiniGP Malaysia: Dua pelumba cilik perwatakan pemalu tonjol sisi sebenar dalam perlumbaan
Tiada sebarang kata-kata yang dapat diungkapkan ketika berjaya menawan Litar Kart Sepang oleh kedua-dua pelumba muda dalam FIM MiniGP Malaysia 2025, hujung minggu lalu.
Nufayl Darwisy yang menjuarai perlumbaan satu di pusingan pertama jelas berdebar terhadap cabaran sewaktu menunggang jentera, namun tetap tidak menoleh ke belakang dan hanya memberi fokus terhadap kualiti tersendiri.
Dalam kategori 160, Qasha Irfan yang merupakan adik kepada pelumba cilik sensasi, Qabil Irfan, pula sedang mula mencipta nama di pentas permotoran negara dengan menaiki podium selaku juara perlumbaan kedua.
Iklan
Dia mengakui bahawa abangnya banyak menurunkan ilmu untuk menambah keyakinan, sekali gus tidak mengecewakan ibu bapanya yang menjadi saksi kepada kecemerlangan tersebut.
Menjelang pusingan kedua yang akan berlangsung di Beranang, kedua-dua pelumba muda itu tekad mempamerkan persembahan terbaik untuk sekali lagi mencipta nama merebut kedudukan teratas.
Must-Watch Video