HOKI
Hoki ACT: Malaysia sahkan slot ke separuh akhir
Malaysia kembali menemui rentak cemerlang apabila merekodkan kemenangan dalam aksi keempat menentang Jepun saingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023, di Chennai, India.
Anak buah Arul Selvaraj kembali meneruskan kempen sehari selepas kecewa dengan kekalahan 5-0 kepada tuan rumah.
Walaupun kubu Jepun dilihat sukar untuk ditembusi, strategi berkesan membuahkan hasil pada minit ke-13, jaringan yang dilakar Muhammad Najmi Farizal Jazlan, yang diperlukan disahkan VAR terlebih dahulu, sebelum Malaysia sah mendahului 1-0.
Iklan
Tiada tambahan jaringan di suku kedua, sehinggalah di suku ketiga, giliran Ashran Hamsani menggandakan kelebihan buat The Speedy Tigers.
Dua minit saingan berbaki, Shello Silverius menambah derita buat Jepun, sekali gus memastikan slot Malaysia di separuh akhir.
Jepun bagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan saguhati menerusi sentuhan Takuma Niwa pada minit terakhir perlawanan sebelum perlawanan tamat dengan keputusan 3-1.
Must-Watch Video