SEPAK TAKRAW
Piala Asia ASTAF: Ahmad Jais sahut cabaran PSM ke final semua acara
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, sedia menyahut cabaran yang dilontarkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk Malaysia layak ke final bagi kesemua empat acara dalam Piala ASIA ASTAF bulan depan.
Sebanyak empat acara akan dipertandingkan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu, iaitu acara regu, berpasukan, double dan kuadran.
Menjelang cabaran di Stadium Titiwangsa bermula 10 Mei ini, pengendali kelahiran Ulu Tiram, Johor itu berkata dia akan mempertaruhkan 15 pemain terbaik negara dalam merealisasikan hasrat berkenaan.
Iklan
"Secara peribada saya rasa undian kali ini agak seimbang cuma daripada segi cabaran besar yang menanti skuad negara, ia lebih besar berbanding Piala Dunia tahun lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Kami sedang dalam persiapan untuk memantapkan pasukan dan Insya-Allah, pasukan akan memberikan yang terbaik untuk saingan kali ini.
"Kali ini memang lebih mencabar daripada Piala Dunia, namun kami lebih positif untuk melihatnya sebagai tanggungjawab dan cabaran untuk setiap pemain menggalas cabaran itu agar sasaran yang ditetapkan boleh dicapai."
Must-Watch Video