HOKI
Utamakan program akar umbi, TNB proaktif dalam pembangunan sukan hoki sejak era 70an
Ketua Komunikasi dan Korporat Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Samsul Ariffin, berkongsi syarikat itu telah melabur sebanyak RM50 juta dalam pembangunan sukan hoki Malaysia.
TNB merupakan [akanpenaja utama dalam sukan hoki di Malaysia, terutamanya Liga Hoki Malaysia (TNB MHL).
TNB juga merupakan penaja utama Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan menaja beberapa pasukan pembangunan hoki sekolah, seperti SSTMI Thunderbolts, BJSS Thunderbolts, dan lain-lain.
Iklan
Penglibatan TNB dalam sukan hoki ini bermula sejak tahun 1970-an dan memberi sumbangan besar dalam pembangunan hoki di Malaysia, termasuk melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia. TNB MHL adalah platform penting untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan hoki.
Selain itu, TNB juga menaja beberapa kejohanan hoki lain, termasuk TNB Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).
Dan sejak penglibatan mereka dalam memastikan pembangunan sukan hoki di Malaysia, Samsul berkongsi TNB telah menyumbang sebanyak RM50 juta sebagai inisiatif memastikan nama Malaysia melangkah ke persada antarabangsa menerusi sukan hoki.
Must-Watch Video