SUKAN LAIN
Wassof muncul juara Asia
Kapten Muaythai negara di Kejohanan Asia, Mohd Wassof muncul Juara Muaythai Asia apabila mengejutkan atlet dari Kazakhstan dengan kemenangan 3-0.
Wassof yang tidak berlawan dalam kategori asal 48kg-51kg kerana kategori itu akan disandang Rifdean Masdor di Sukan SEA naik satu kategori ke 54kg dan menunjukkan prestasi baik selepas tewaskan peninju Filipina di separuh akhir dan Wo Iraq sebelum itu di suku akhir.
Eva Anatasia pula tunjukkan prestasi cemerlang pada satu lagi kejohanan akhir berat 45kg wanita walaupun tewas tipis kepada wakil Kazakhstan.
Iklan
Atlet Seni Muaythai negara, Asyraf dan Angie Yjcc akan turun ke gelanggan esok untuk peringkat akhir apabila melepasi pusingan awal.
Must-Watch Video