BOLA SEPAK
Piala AFF: Vietnam buntu tembusi kekebalan Singapura
SINGAPURA 0 VIETNAM 0
Keputusan seri tanpa jaringan di antara Singapura dan Vietnam menuntut pasukan Malaysia mencapai kemenangan dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF.
Kesudahan 0-0 pertembungan di Stadium Jalan Besar sebentar tadi iti menyaksikan saingan terbuka di antara tiga penjuru dalam Kumpulan B.
Iklan
Skuad Harimau Malaya kini di kedudukan ketiga dengan ketinggalan satu mata dengan dua pasukan teratas itu selepas tiga perlawanan menjelang pertemuan getir dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa depan.
Kelebihan di tangan Vietnam untuk memastikan slot terbaik kumpulan apabila dijangka tiada masalah untuk bertemu Myanmar yang memerlukan jaringan dalam masa kecederaan untuk mencatat 2-2 ketika bertemu Laos, sebentar tadi.
Naga Emas yang membenam skuad negara 0-2 dalam pertemuan lalu gagal menemui penyudah berkesan ketika bertandang ke laman lawan itu sesudah menghasilkan 19 percubaan, tetapi cuma empat sahaja menuju ke gawang gol lawan selepas memperagakan 77 peratus penguasaan bola.
Begitupun, kekebalan penjaga gol Kota Singa, Hassan Sunny, nyata menjadi pemisah dengan beberapa menepis percubaan menarik lawan sejak awal permainan lagi.
Sementara itu, Indonesia hampir mencipta kemenangan sebelum Thailand bangkit dengan 10 pemain untuk mengikat perlawanan 1-1.
Sarach Yooyen menjadi penyelamat buat juara bertahan itu kekal menerajui Kumpulan A apabila membatalkan sepakan penalti Marc Klok pada minit ke-50, berselang 29 minit.
Must-Watch Video